Iklaneka

Showing posts with label promo. Show all posts
Showing posts with label promo. Show all posts

Monday, November 2, 2015

200,000 FREE SEATS UP FOR GRABS ~ Fireflyz

Assalamualaikum....

Sudah masuk bulan November. Mula kan bulan baru ini dengan benda yang kita suka iaitu FREE SEAT!!!
Cuma kali ni bukan kepak merah Pak Tony tu.. Tapi kepak oren si kelip-kelip...ahaksss..




Sila layari http://www.fireflyz.com.my/ untuk pencarian & pembelian. Boleh la kot nak plan gi mana-mana sekitar domestik kan..



Tuesday, October 20, 2015

Air Asia masih simpan lagi seat yang aku search semalam!!!!!

Assalamualaikum..

Semalam kan kepak Pak Tony kesayangan mak tu ada buat promo.. Murah tahap  kaki lima tidak lah, tapi ok lah jugak kan.. Masih tahap mampu beli. So, aku as usual ticket hunter ni pun servey lah untuk trip kami tahun depan sebab nak masukkan seorang lagi teman yang nak follow.. Maka dapatlah harga promo..

TAPI, yang frust nyer bila time nak bayar boleh pulak TAC dari kepala rimau gongga ni tak dapat. Sampai expired gitu. Ok..percubaan pertama FAIL!!. Mak tak give up..sebab motto aku dengan pak tony ni kan "Never give up, Never surrender". Percubaan kali ke-2. Oh..sudah tinggal 1 seat je available date tuh.. Proceed le book sebab yang nak join pun memang seorang jer.. TAPI bila time nak bayar kepala rimau gongga ni wat hal lagi.. Sudah...FAIL lagi.. Takpe lah.. try lagi, bila search balik..TU DIAAA.. harga dah MAHAL!!! Ini bermakna ada orang lagi pantassss potong  mak u olls.. Cehhh... So cakap la kat kawan tu tiket murah dah SOLD... Dia pun takpe lah..Dah takde kan...


TAPI..ada tapi lagi.. Amazing sangat hari ini, Pak Tony ai tu bagi email u olsss... dia simpan lagi seat tu untuk ai tu u olls.. Wah wah.. macam VIP kekdahnye u olls.. Nampak sangat kaki booking tegar...kuikui...




Jadi dengan ini Air Asia takle haprak sangat yang macam netizen kelas tinggi suka cakap tu kan.. Ada le jugak nilai murni di situ...Cewahhhh

Tuesday, April 7, 2015

Ade 88,888 tempat duduk kosong!!! Jom anak-anak, kita travel..

Assalamualaikum...

Email yang dapat pagi tadi adalah ciri-ciri bakal merebeh kan poket Pak Kahar..Ahaksss... Apa lagi cuba jaya itu ini..Harga seat as usual memang FREE, tapi tax tu tetap kena bayar yek u ollsss.. Naik di Airport Subang, kira ok lah dekat dengan rumah..Tapi tengok le caner.. Tak kan nak pegi langkawi lagi ye dak???..Hihihihi

Who those yang nak booking, feel free to view http://www.fireflyz.com.my/ . Ok jugak, best apa bawak anak naik kapertobang..ehhehe





Friday, November 14, 2014

Upin Ipin dan berkawan dengan Ultraman Ribut :)

Salam semua...

Kalau lah diberi tahu pasal hal ultraman ada dalam upin ipin, mau terjun tiruk lah si abdul wafiq ni kan...ahaksss...



Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.

 Source from : http://upindanipin.com.my/blog/episod-baru-upin-ipin-dan-ultraman-ribut/

Oleh sebab episode ni bermula pada hari ini..of coz la tak dapat tengok kan sebab dia masih di taska..Tapi esok or ahad maby boleh kot..Kalau tak boleh download je lah kan..ahaksss...


Ni salah sekor koleksi otomen nyer..Tapi rasa dah "selamat" kot..Maby patah kaki tak pon tangan...kihkih


 

Monday, November 10, 2014

FREE SEAT datang lagi..lagi..lagi dan lagi....




http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr3460601.page?icid=iad790hpmba

Isk..isk...sengaja je Pak Tony nih tau..dia datang lagi dahh...untuk promo kali ni memang tak pejam mata lah memandangkan waktu tu memang kena..Ahakss..semenjak anak dah bersekolah ni memang tak ada dah konsep suka suki redah booking, apa-apa kena tengok jadual persekolahan..Mujurlah calender persekolahan 2015 dah ade..so senang lah sikit sebagai rujukan..Banyak destinasi yang di timbang tara belum lagi di pangkah oleh Pak Kahar..Tapi syukur berjaya lah juga...ehhehe


Sessi memujuk tengahari semalam..Apak dah bagi green light..Apa lagi sebattt



Yahuuu..misi berjaya..Kemana?? Tu kena tunggulah tahun depan kan..Mampu pergi yang pastinya..


So tahun depan dah ade tiket menunggu..Kita peram je kan, as usual..panjang umur kita berjodoh untuk tahun depan :)

EVERY BODY CAN FLY MAAAAA

Wednesday, November 5, 2014

Sahabat Iqra' : 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS DIBUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita baik untuk peminat Komik Abu Nuwas, komik ini yang bersiaran setiap minggu di Facebook Projek Iqra' kini boleh anda dapati dalam bentuk bercetak.
100% keuntungan jualan Komik Abu Nuwas akan digunakan untuk membiayai program-program kebajikan anjuran Projek Iqra’. Anda bukan hanya membeli, tetapi juga beramal.
Jualan amal 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS telah dilancarkan secara rasmi pada 04/11/2014. Kempen disasarkan selama sebulan dan penghantaran bermula pada Disember 2014.
Kajian yang dijalankan secara rawak medapati seramai 1,294 setuju untuk PRE-ORDER, sertai mereka. Jadilah 1000 terawal yang pertama memiliki Komik Abu Nuwas Siri 1 sekarang.
Lakukan transaksi disini -> http://bit.ly/komiksiri1

Ajukan sebarang pertanyaan di Group FB: GANG - Geng Abu Nuwas Group ->http://bit.ly/gengabunuwas atau https://www.facebook.com/groups/1542058862674177

Details:
54 halaman mukasurat
100% Mukasurat berwarna
Perfect Binding
Saiz A5 (210mm x 148 mm)
Sticker hadiah*
Kertas berkualiti art card 128gsm
Sasaran Tarikh Penghantaran : Disember 2014
Tarikh Tutup PRE-ORDER : 30/11/2014
Room 3 No.10A, Persiaran Cahaya 2 Taman Cahaya Indah
68000 Ampang, Kuala Lumpur.



Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday ~ Serious Hot!!



Dapat email dari FF nih yang bertajuk >> Only RM29. WE'RE SERIOUS!

Pehhh..memang agak hot mak kejap sebab tahan je nih tak bleh nak booking memandangkan ada pengembaraan besar di bulan 12..Pulus nan hado lebihan...untuk pre book yang lain..Pak Kahar warninggg...tahap tepuk dahi dah dia tuh..kikihkih
Mak??? tutup mulut je lah..huuhuhu

Wednesday, October 8, 2014

IKLAN:Suka Roti Serunding Ayam @Chicken Floss Bun? Boleh Order Kalau Mahu :)

Salam Semua..

Kalau anda pencinta roti, semestinya anda mengenali Chicken Floss Bun ni atau bahasa kampong nye roti serunding je le mak jah oii...Ala..isi ayam di carik-carik tu kan..ahakss..Terok benor plak kan bunyi nye ayam carik-carik gitu..

Well..well...maby sapa yang king of bakers ni mesti ada buat punyalah roti ni kan..TAPI..untuk golongan yang macam ai ni yang ala sendu dan nan hado tapi suka makan roti jawapannya tentulah order sajokkk...

Ini adalah chicken floss bun yang ai order untuk sesaja makan..Di kembar kan bersama dengan roti sarang lebah tu kan..hihihihi


Pada area kawasan jajahan Pinggiran Subang/Kg Melayu Subang/Bukit Subang boleh lah order pada Pn Fazleeza 019-2581901 untuk tempahan..Memang berbaloi...puas makan tau diyakini halal dan suci.

Tuesday, October 7, 2014

Pes Nasi Arab Mendhi ~ Mudahnya Memasak, Tak Perlu Menumis

Salam Aidiladha semua..

Banyak dapat daging korban??? Wahh..mesti u oll dapat berkilo-kilo kan? Syukur alhamdulilah..Orang memberi kita merasakan..

Pada yang dapat daging korban tu, apa kata tahun ni match kan daging tu dengan Nasi Arab Mendhi. Insyallah sedap u oll..Lagi berselera makan..Yang paling utama sangat mudah di sediakan..Tak perlu menumis, macam masak maggi je u olls..



Pada yang inginkan kelainan dalam menu hidangan, boleh cuba nasi arab nih..No regret to try u oll..Very recommended.


Feel free to contact Kahar 013 2061299 to order ya..

Friday, October 3, 2014

IKLAN : Seni KUFI ~ Keunikan Yang Menyerikan Rumah Anda. (TEMPAHAN DI BUKA)

Salam Semua

Ok..topik pagi ni nak cerita pasal KUFI..Rasa semua pun sedia maklumkan sebab rata-rata orang pun penah tau dan kenal seni khat kufi nih..Tambah di zaman media social ni semua pun pantas..

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.


OK.. pada yang tak tau di atas penerangan sedikit pasal kufi.. Tapi yang lebih nak cerita nye, mak pun dah ade le seni kufi ni kat rumah u oll..Ahaksss...Nak gak rumah macam orang lain kan..Ini rumah udah macam tak leh nak beza rumah ke dewan badminton ken..So ai pun tempah le kufi nih...Jeng jeng...


 Tengok lah hasilnya..Ni adik ipar mak yang buat u ollss.. Handmade lagi tau..Actually kufi ni kan customized..So output nye mengikut pilihan pelanggan berdasarkan budget anda.. Oleh sebab mak macam ada rezeki lebih sikit tahun ni, so tempah la ala-ala payah nak membuat nih..Sangat renyah lah jugak...Tak tido malam adik ipar ngerjakan nye (kak ipar byk cengkadak)..Tapi Alhamdulilah puas hati..

Kufi yang telah siap dipasang...Errr..pasang pun dalam pakej nye kawan-kawan...

Pada kawan-kawan yang ingin menempah hasil kerja Kufi ni tak kira la apa bentuk atau pun jenis boleh hubungi Kifli / Fauziana 012 325 8058. Terutama kawasan Kampung Melayau Subang/ Subang Bestari / Denai Alam dan seangkatanya boleh jumpa face to face bincang harga yek :)

Tuesday, September 30, 2014

#MyCyberSALE, Malaysia’s BIGGEST online sale is ON!

Salam Semua..

Bermula semalam iaitu 29 September 2014 sehingga 1 October 2014 bermulalah MyCyberSALE. Bagi yang masih tidak tahu, MyCyberSALE ialah kempen membeli-belah secara dalam talian..

MyCyberSale adalah sebuah program dari kerajaan Malaysia dan diterajui oleh MDeC (Perbadanan Pembangunan Multimedia) . Ianya adalah berita yang sangat hebat buat peminat membeli belah secara online , anda dapat menikmati diskaun terhebat sehingga 90% diskaun untuk produk yang di tawarkan oleh mereka yang turut menyertai program ini.

 Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi boleh ke http://www.mycybersale.my/ melihat senarai penjual online. Serius memang murah & berbaloi..Cepat!!! hanya 3 hari saja...


Errr..sorry, dalam banyak-banyak gambar, gambar ini jugak yang ai sangat berkenan..ehehhehe

Monday, September 22, 2014

Kudos Food Station @Pasar Tani,Kg.Melayu Subang


Salam semua....

Hari ini nak update pasal Kudos Food Station iaitu nama yang Pak Kahar daftar untuk menjadi pengedar muslim produk..Pada yang belum like page FB boleh klik url nih https://m.facebook.com/kudosfoodstation atau search aje Kudos Food Station.

Pada kawasan sekitar berhampiran boleh dapatkan produk jualan di Pasar Tani,Kg Melayu Subang sebab now Pak Kahar permenantly jual di situ..Dah dapat lesen dari FAMA..Alhamdulilah..Antara barang yang ada seperti di bawah nih...Acctually banyak lagi tapi ni antaranya lah..Kami juga mengalukan pada pengeluar produk makanan Muslim yang ingin memasarkan produk mereka...

Ayuh..sokong lah produk keluaran orang Islam demi pembangunan ummah dan ekonomi Islam.

Friday, September 19, 2014

Program Aqiqah bersama EZ Qurban


Salam semua...

Baru berkesempatan nak update blog walaupun banyakkkk sangat cerita..Ok update citer pasal program aqiqah ni dulu lah yek...Demi info bersama pasal aqiqah le lagi..ahaksss...Pasal program aqiqah untuk Wafiq yang tertunda..Sebenarnya aqiqah Wafiq kami buat masa dia menginjak 1 year aritu..Tapi buat sekor je masa tu kan..So seekor lagi kami guna perkhidmatan EZ Qurban..

Proses menggunakan EZ Qurban ni sangat mudah dan senang juga murah. Kalau buat kenduri tu 2 ekor kambing dah bape pakej nye kan..Lagi pun orang Malaysia dah mewah makan...Kita bagi le pada rakyat di negara yang lebih memerlukan..Majlis aqiqah yang kami buat tu sekadar memenuhi syarat memandangkan kami combine dengan majlis bacaan Yassin serta tahlil di kawasan kejiranan..Majlis ukhwah bertemu jiran yang utamanya.. So se ekor lagi kami sertai EZ Qurban..Lega rasanya sudah selesai untuk Wafiq..Tinggal Fattah lagi untuk seekor lagi..Insyllah dalam masa terdekat ini..

Pada yang nak menyertai aqiqah bersama EZ Qurban boleh layari http://www.ezqurban.org/. Ada banyak sangat syarikat yang memikul tanggungjawap ini tapi tergerak hati nak guna EZ Qurban ni bila mengikuti segmen nye di IKIM.FM...hehehhee



Untuk seekor kambing hanya bayar RM550. So far berpuas hati, urusan pun mudah semua online sajokkk...Selesai urusan sijil pengesahan di pos kerumah :)

Friday, August 29, 2014

Fabulous Friday ~ Oppsss...we did again

Salam semua....

Jumaat yang indah....

Seperti yang u olls tau..Pak tony ai tuh kan tengah wat sale untuk golongan rendah mcm mak nih..so apa lagi..tak tunggu lagi..mak rebuttt..well..well..well muka suka murah...ko mampoo????..ahahaa




Destinasi wajib...jangan di tanya sebab memang mak suka...hihihi..

TQ pak tony..tq lagi pada Pak Kahar yang memberi...

Thursday, May 29, 2014

Pes Yemeni Mendhi Nasi Arab :)

Salam semua...

Pada kawan-kawan yang ingin kan kelainan makan nasi arab yang homemade boleh la mencuba Pes Yemeni Mendhi nih..Memang mudah & confirm sedap dan jadi...

Mak dah try u oll..Memang 500gram ni makan sampai ke malam..ade sikit sampai ke esok plak..Maklum le makan utk 2 dewasa + 2 anak je kan..Tapi berjimat lah sebab kalau makan kat restoren nasi arab je paling koman 3 4 puloh hinggit kan..Tu nasi belum side dishes and air itu ini..huhuhu..

Memang mudah sangat buat nasi arab nih..Paling penting simple..Orang arab kan hidup muhasabah makan apa yang ade kekdahnya..kuikui..Ce orang melayu..dah le nasi minyak, ayam masak merah lagi..tu belum lagi jelatah..kuah dhalca..papadom lagi..tu dia..jenuhkan nak buat...

Tapi kalau nasi arab simple je..nasi berlaukkan ayam or kambing grill..kuah sup ngan salad...Tapi nasi arab sendiri tu kalau di makan gitu pun dah sedap u oll..


Stock in hand..Agak laju..ada je orang order..Memang tak simpan ready stok banyak

Percubaan memasak nasi arab..Apa nak kata memang sedap..Guna pes je kenn... :)


Tuesday, May 27, 2014

Roti "Sarang Lebah" menyerang Subang!!!

Salam semua...

Aku tak tau siapa yang mewujudkan roti ini dinamakan dengan "Sarang Lebah".. Padahal setau aku yang budak kampung sejati ni sarang lebah tidak le berupa cantik demikian..eheh..Tapi maby disebabkan roti ni dimakan bersama dengan manisan butterscotch maka seakan-akan tu ada kerana sarang lebah ade madu kan..kehkehekeh..

Tapi walau bagaimana pun ia tetap sedap kerana di hasilkan oleh Kak Uda ku dengan penuh kasih sayang..ekekkeke... Jangan di tanya mengapa bukan hasil dari air tangan ku..Kerana aku memang tidak tau memasak cookies mahupun kek juga roti..Dan di tambah memang aku seorang yang memang pemalas untuk mencuba.. Order saja dengan Kak Uda dah tentu sedap dan menjadi..Rumah kami bukan nye jauh pun ken.. (ni alasan utama kenapa aku mencari rumah di sekitar Subang juga)..

Sila hubungi Pn Fazleeza 019-2581901
RM6/pack

Order dari teman di office




Pada yang teringin sangat makan kan boleh order pada my sister, Liza 019-2581901.. Terutama di kawasan sekitar Kg Melayu Subang. Sekian...

Wednesday, May 21, 2014

Zd Fresh Homemade Sandwich @Giant Seksyen 13,Shah Alam

Salam semua...


Berdebar-debar rasanya ketika menaip posting mengenai tajuk di atas.. Perasaan bercampur baur gembira dan berbangga kerana teman persekolahan ku di STESMA telah mengorak langkah menjadi seorang usahawan..TAHNIAH!!! Azizan a.k.a jijan!!!!

Demi tekad dan azam menjadi seorang usahawan jijan sanggup berhenti kerja walaupun mempunyai kerjaya yang hebat dengan memberi notis 24jam demi merialisasikan impiannyer.. You GO man!!!...

Oh..i'm so proud with my schoolmate..one by one menjejak kaki dari kerja hanya makan gaji ke arah menjadi seorang entrepreneur  mengikut langkah Rosli (CSTProduction) juga si Eza pengusaha tanaman sayur berjaya di Negeri Sembilan.. Wahh..mesti korang menjadi kebanggaan cikgu di sekolah kerana menjadi seorang entrepreneur. (errr..mak bila plak nk jadi usahawanita nih..hukhuk..)

Ok..berbalik pada jijan..Mak dah food testing.. Rasa tidak menghampakan!!! You all should try..Memang lah sandwich je kan..Tapi dari homemade sandwich ni lah lahirnye jenama gak macam Subway tu kan..So mak harap one fine day jijan akan sampai ke tahap seperti subway..Menjenamakan sandwich homemade nye tu bercirikan Malaysia!!!..oh yeahh..

Tak susah nak cari pun stall jijan nih..Pergi je ke Foodcourt Giant Seksyen 13, Shah Alam..ade stall sandwich berdepan dengan Big Apple Donut. Ada pelbagai jenis sandwich and boleh juga mengikut citarasa and permintaan pelanggan..Harga?? Harga tahap mampu hokeh!!!

Comes and lets try.. :)

Zd Fresh Homemade Sandwich

Tokey sandwich buat sandwich sambil menyeringai u olll..Korang mampu???

Sempat ber selfie...





Sunday, February 23, 2014

YES! #AirAsia FREE Seats are back!!~~yabedabedu..kepak pak tony kembali..:p

Salam semua...


Kepada geng pemburu tiket murah..Nah..ini dia yang di tunggu..Never give up never surrender hokeh.
Yang pasti mak dah dapat yang kt bawah nih...ahaksss


Jadi ler..Local sajok...Tu je mampu..Tahap marhaen pprt je jalan naik AA nih yang setahun menunggu..Stok diva takde melayan gini....Esok nak fly arini baru book tix ye dak..kehkehkeh

Hader mak kesah??janji mak dapat jalan...

Friday, January 10, 2014

Nyerongin...nyerongin juger..keroje jangan luper..


Salam Jumaat...

Penghulu segala hari....Hari terakhir bekerja di minggu ke-2 bulan Januari untuk tahun 2014. bermakna Jumaat ke-2 juga untuk tahun ini...Alhamdulilah..syukur..masih bernafas lagi...

Mesti korang layan gak Pencetus Ummah malam tadi kan??? Buat pertama kali nye berkesempatan tengok LIVE..kalau sebelum ni hanya mampu tengok yang backdated je lah sebab memang tak berkesempatan nek menonton tv semenjak beranak kecil ni..Alhamdulilh, malam tadi Allah bagi ruang untuk menyaksikan bersama Pak Kahar dan Wafiq...Si Nabihah dan Fattha sudah lama di buai mimpi....





Semua pun best, tapi paling best mesti le PU feveret mak iaitu PU Yeop..Tak juara tapi yeop tetap best..Lepeh nie yeop glemer ler..ramei le yang nak yeop jadi tok kadi...

Ini antara rancangan Astro yang berjaya dan memberi kesan yang mendalam dalam pembangunan ummah..Harap akan ada musim ke-2 nanti :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...