Iklaneka

Thursday, January 26, 2012

Soal Jawap : Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Salam semua,

Pada pembentangan bajet 2012 salah satu yg mmberi kesan pada rakyat marhaein mcm aku ni adalah statement berikut:-

Pendaftaran Awal Ibadah Haji

Tuan Yang di-Pertua,

113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai
Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hambaNya
untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan
menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah
untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan
minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah
mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan
pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ringfencing
Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300 ringgit. Melalui kaedah ini, wang
pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum
sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

Kalau baca kt atas tu mmg tak faham kn..Apa le yg dimaksudkn guna KWSP utk daftar haji..Dh le ade yg mula wat assumption sndiri, dgn kata lain guna akaun KWSP utk pegi haji..Apa lg mula la berjimba2 xmo simpan duit dh sbb watpe simpan duit nk pi haji, guna je akaun KWSP!!! Silap tu...bila dh baca penerangan dlm web KWSP ni, baru le aku tau..OOOOoooo...mcm ni, baru le fhm..So kwn2, sila baca dgn teliti :D

Note: Aku copy paste bahagian2 yg penting sahaja..Selebihnya bleh baca di sini >>

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP

Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji

Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)

Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.


Harap dgn penerangan di atas, dpt le menjelaskn kemusykilan kita sblm nih...Guna WPF ni utk dftar haji je le yek...Perbelanjaan utk kos haji sila la menabung sndiri..Tp klu rsa nk pegi lps umur persaraan 55thn pn bleh..kira dh expired tempoh acct epf tu withdraw smua pehtu pegi haji...Ikut masing2 pnye financial planing la kn..Tepuk dada tanya selera, cara mna yg anda ingin kn for our goal iatu menunaikan rukun Islam ke-5!!! Allahhuakbar...







     




No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...