Iklaneka

Monday, November 11, 2013

1 Muharam 1430H - 1 Muharam 1435H ~ 5 Tahun sudah berlalu

Salam semua...


Entry terlambat...Tapi memandangkan masih bulan Muharam, ku gagahkan juga membuat entry ini memandangkan bulan yang sangat bermakna buat diriku dan Pak Kahar...

Kalau 5 tahun lepas, bertarikh 1 Muharam 1430H = 29 Dec 2008, adalah tarikh yang istimewa buat kami di mana kami berpindah ke rumah baru..YA!!! rumah yang kami beli di Mutiara Subang..Rumah pertama buat diriku but rumah ke 2 bagi Pak Kahar atas usaha titik peluh sendiri...

Apa pun ku berterima kasih pada Pak Kahar, berkat kesedaran awal dari nya, membeli rumah sebaik sahaja mula bekerja walaupun hanya rumah flat bertaraf kos rendah..tapi dari rumah itu lah kami memperolehi rumah sekarang...Syukur...

Gambar ihsan google - memandangkan takde gambar rumah dalam simpanan..RUmah pun bukan lawo benor..comot jer..ahakssss

Demi memperolehi sebuah rumah, susah payah di hadapi bersama penuh dengan suka dan duka... Maklumlah 5 tahun yang lepas gaji tidak lah banyak mana, tapi kami gagahkan juga membeli walau bergolok bergadai sana sini..Permulaan yang agak sedih tetapi kesudahan yang menggembirakan dan bersyukur...

Bukan lah rumah banglo jutaan ringgit..tapi rumah berlaman menjadi impian..Jadilah...Syukur..apa yang ada dan diperolehi...Harta sepencarian kami berdua...Di situ kami membina keluarga..Dari hidup bertiga kini sudah berlima!!!!

Tidak apa yang mampu di kata hanya ucapan syukur pada mu Ya Allah di atas pemberian harta dunia ini...



No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...