Iklaneka

Wednesday, April 2, 2014

Telah DI BUKA!! ~Permohonan Menduduki Ujian Kelayakan Tahun 1 SRAI 2015


Salam Semua..

Sudah memasuki bulan April, 2014.. Jika tahun lepas bulan ini lah bulan aku dan pak kahar mengunjungi SRAI, Seksyen 19 Shah Alam demi mendaftar Nabihah menduduki ujian kelayakkan ke memasuki ke sekolah ini. Kami memang bertekad dan berusaha..Alhamdulillah..Nabihah berjaya.. Sekarang sedang berusaha untuk Wafiq pula..Ku cekalkan Wafiq ini..Kita berusaha mencari yang terbaik..Allah tak memberi apa yang mahu tapi memberi apa yang kita perlu..Betul tak??

Ok..kepada sesiapa yang ank berumur  6 tahun ini, 2014 dan akan menaiki darjah 1 pada tahun depan iaitu sessi persekolahan 2015 sekiranya mahu memasuki anak ke sekolah ini boleh lah memohon untuk menduduki ujian kelayakkan..INGAT!!! nak masuk ke sekolah ini memerlukan ujian kelayakkan.. Permohonan menduduki ujian tersebut perlu lah ke sekolah tersebut. Pergi je pejabat, isi form bayar RM10 kalau tak silap lah..Lupa sudeyyy....

Ujian biasanya akan di adakan pada bulan 6. Keputusan pada bulan 7. Tapi jangan lupa mendaftar tahun satu dahulu yek di SINI untuk negeri selangor. Walaupun SRAI ini berstatus swasta di bawah kelolaan JAIS tapi perlu juga mendaftar di kementerian dahulu. Kira macam wajib lah..Maby kementerian perlu untuk membuat statistik kemasukan tahun 1 kn..So daftar je lah..Online je kn..


Pada ibu-bapa, selamat mendaftar anak..Pada ank-anak selamat menduduki ujian nanti yek :)

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...