Iklaneka

Monday, November 24, 2014

Apakah itu Bronchopneumonia?

Salam semua...

Sepatutnya posting ini dibuat minggu lepas. Tapi memandangkan aku bercuti 3 hari menjaga Fattah di ward, maka bila masuk office je ada banyak note yang dah menunggu..Maka di delay lah arini...

Fattah di masukkan ward di DEMC pada hari Ahad 16/11/2014 sejurus selepas hari sukan kakak (sorry kakak, nanti mama buat entry untuk ni yek). Discharge pada hari Rabu, 19/11/2014.. Wahh..anak-anak mak kalau tak warded tak dah yek..Setiap anak memang merasa lah percutian 5 bintang di hospital..huuhuuh..

Redha..itu yang mampu aku katakan..Dugaan yang aku terima dalam membesarkan anak-anak amanah Allah ini...Fattah di masukkan ward due to BRONCHOPNEUMONIA. Dengan kata lain jangkitan pada paru-paru...Benda ni semakin common bagi aku rasa kena dikalangan kanak-kanak.

Day 1. Serius memang lesu yang amat.

Jangkitan kuman di paru-paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
- Paracetamol
- Rehat yang secukupnya
- Minum air yang banyak
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

- Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Day 2 : Muka masih kurang ceria

Day 3: Day boleh bermain :)

Memang kami ada mengambil vaksin pneumococcal untuk kesemua anak..Tapi si fattah ni ada berhutang 1 lagi dos. Sepatutnya semasa 13 bulan aritu dia kena pergi tapi abahnya terlupa ambil GL untuk ke KJMC..Tapi yer lah dah nak kena kan, tidak ku salahkan lah sebab delay ambil vaksin tuh..dah nak kena, dugaan untuk kami..Cuma pesanan untuk kalian jangan di delay benda-benda gini..

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...