Iklaneka

Friday, February 13, 2015

Mencari Khusnul Khotimah

Assalamualaikum..

Kematian tetap akan berlaku. Ramai yg mati dalam keadaan yg belum bersedia. Kehidupan di dunia adalah bayangan kehidupannya di akhirat. 

Bagaimana cara utk mendapat khusnul khotimah? Iaitu mati dlm keadaan baik :– kena banyak berdoa kepada Allah s.w.t– perbanyakkan amalan baik dimuka bumi


Hari ini perasaan saya agak begitu hiba..Kerana pada hari ini lah perginya seorang tokoh ilmuan yang di hormati iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Betapa seluruh rakyat Malaysia merasa kehilangannya.. Perginya seorang ulama..

Meninggal di malam jumaat.. Dikebumikan pada hari Jumaat. Subhanallah..Ini mengingatkan saya serta suami, ketika berada di Madinah. Ustaz yang menjemput kami pada hari Rabu ketika sampai di airport Madinah telah meninggal dunia pada malam Jumaat iaitu 2 hari sehari selepas dia bertemu jemaah Raudhah. Di solatkan di Masjid Nabawi, dikebumikan di perkuburan Baqi'. Sesungguhnya moga kematian dijemput dengan cara khusnul khotimah. ~ Alfatihah untuk mereka yang telah pergi mengadap Ilahi..

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...