Iklaneka

Thursday, September 17, 2015

Zulhijah 1436... Kami bercerita topik yang sama

Assalamualaikum...

Boleh di katakan hampir setiap hari aku telefon mak dikampung. Pelbagai topik yang kami sembangkan. Tapi bila musim haji sudah tentulah topik berkisar Makkah & Madinah. Kalau dulu aku hanya mampu menjadi pendengar setia. Bertanya dan membalas perbualan mak hanya berdasarkan pembacaan..

Tapi tahun ini alhamdulilah, aku serba sedikit sudah boleh berkongsi cerita yang sama bersama emak. Walau pun aku hanya menunaikan ibadah Umrah, tapi kesoronokkan bersembang dengan emak itu tidak dapat digambarkan.

Walau hampir 3 tahun berlalu, hampir semua detik yang emak lalui ketika menunaikan haji emak masih ingat. Sesuatu yang indah buat dirinya yang dia tak mahu lupa. Maka dia tak kan jemu untuk bercerita dan terus bercerita. Aku juga seronok mendengarnya kerana dari penceritaannya itu memberi ruang dalam jiwa ku untuk tekad menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Hajat itu Allah perkenankan aku bertamu di Baitullah...

Aku juga seperti emak, tidak mahu seinci pun memori aku menjalani ibadah Umrah hilang difikiran ku. Moga Allah kuatkan ingatan ini dan tetapkan jiwa ku untuk terus istiqomah dalam ibadah. Aku tak tahu bila aku akan dijemput lagi menjadi tamu di Baitullah tapi ku pasti suatu hari nanti.. Hanya Allah yang mengetahui. Aku akan terus memperbaiki diri kerana yakin Allah pasti memilih hamba Nya yang terbaik untuk menjadi tetamu Nya. Moga hati ini terus tetap mencintai Kekasih Mu ya Allah & sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...