Iklaneka

Tuesday, October 13, 2015

Pencarian Sudah Berakhir... Sekolah Integrasi

Assalamualaikum...


Posting ini aku buat sekadar untuk ingatan pada masa akan datang perjalanan anak kedua ku si Abdul Wafiq. Kalau sebelum ni banyak posting untuk kakaknya. Jadi unfair rasanya kalau untuk dia ni aku tak update apa-apakan dalam perjalanan nye menuju ker Tahun Satu. (tahun 1 je pon kennn)



Seperti sedia maklum, posting yang lepas aku telah update yang bahawa Wafiq ni fail kan masuk sekolah SRAI bersama kakak nya. Terima seadanya.. Dah Allah tak berikan.. Ada rezeki menuntut ilmu ditempat lain. Kami usahakan tempat lain.. Pada 12/9/2015 dia seat on exam di SIMDE (Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan), Subang Jaya. Percubaan pertama exam dia FAIL!! Allahuakbar.. Istimewa sangat kamu abang.. Aku mula agak upset. Biasalah hati mak kan emo lebih.. Tapi Pak Kahar biasa saja..COOL sangat ker.. TAPI, ada tapinya.. SIMDE call suruh re-test balik.. Maka pada 3/10/2015 tu Wafiq kena attend balik test. Maka 3/10 tu Pak Kahar bawak le Wafiq. Ni mak sedih sebab masa tu mak kt Bandung pulak. Memang cadang berbelah bagi sangat tapi as usual, Pak Kahar tetap sporting dia cakap pegi jer.. Let him handle. Doa je banyak-banyak untuk yang terbaik untuk anak kita. So mak pegi le jgk bandung..huhuhu

Dan bertarikh 10/9/2015 kami dapat surat dari SIMDE. Berdebar sangat masa tu nak bukak & baca. Apa yang mampu kami ucap ALHAMDULILAH.. Akhirnya..Wafiq berjaya.. Panjang sangat journey kamu wahai anak untuk masuk ke tahun 1 sekolah aliran agama. Kami yakin semua ini aturan Allah.. Kami hanya lalu sahaja. Ini jihad kecil kami untuk mewujudkan seorang dai'e. Tapi ini hanya perancangankan. Sesungguhnya Allah tak berikan apa yang kita mahu, tapi beri apa yang kita mampu & perlu. Semuanya Allah aturkan. Kami juga bukan dari golongan yang kaya-raya. Tapi kami yakin rezeki anak pasti ada terutamanya bila kita mendahului ukhrawi dari duniawi.
Walau dah lulus tapi belum muktamad yek kawan-kawan.. Parent kena attend interview jugak..huhuhuhu

So far perjalanan untuk Nabihah direstui. Walau pun pada mulanya agak rasa was-was bila kala orang keliling berkata-kata. Terutama dari segi jarak, kos & masa. Tapi kami yakin tindakan kami semuanya kerana Allah. Everything going smooth. Terima kasih Allah.. Bukan kami menidakkan sekolah kebangsaan itu. Tapi kami mahu lebih dari segi dinniyah. Itu sahaja. Sekian...



No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...