Iklaneka

Wednesday, January 30, 2019

Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 4

Salam semua...


Bersambung lagi. Hari ke 2 di bumi Aceh. 

Tak boleh berlama-lama di Sabang. Lepas breakfast je kena cepat-cepat menuju ke pelabuhan sebab ferry ke Banda Acheh pukul 8am. Selamat tinggal Sabang. Walau pun banyak tempat tak explore. Insyallah. One fine day datang lagi...

Di Sabang kami stay di Nagoya Inn. Hotel selesa. Oklah dengan budget. Lagi pulak bukan lama sangat di hotel. Ini lah Pak Herman. Tourist guide kami di Sabang. Jangan main2 ya.. Ada Sarjana Ekonomi nih...eheheh




Goodbye Sabang 💖

Bermulahlah episode kami menyelusuri Banda Aceh. Menyaksikan sejarah terbesar yang pernah berlaku dahulu. Iaitu Tsunami 2004. Insaf dibuatnya.

Masjid pertama yang kami singgah. Masjid Baiturrahim yang paling hampir dengan Pelabuhan Ule Lhee. Semestinya terjejas teruk semasa berlaku peristiwa besar 2004


Seterusnya Masjid Raya Baiturrahman. Semestinya masjid yang menjadi simbol Banda Aceh. Berada betul-betul di tengah kota Aceh. Cantik sangat. Mirip Masjid Nabawi di Madinah. Tips utk lihat semua payung kembang semua kena datang hari Jumaat. Alhamdullillah, kami merasainya, melihat moment payung terbukak.



Suasana dalam masjid raya Baiturrahman. Alhamdulillah, berpeluang utk solat sunat. 


Ada banyak tempat kami singgah, dan ada yang sekadar lalu sahaja memandangkan hari Jumaat, tourist guide perlu solat Jumaat. Maka ada yang kami pass by sahaja sambil mendengar penerangan beliau. 





Lunch di Rumah Makan Al-Hidayat. Memang tak termakan sebab byk sesgt..

Polis Syariah Aceh. Tangkap kaum lelaki yang tak solat Jumaat. Baguskan..eheheh

Kapal Terapung di rumah

Salah seorang mangsa yang terselamat didalam kapal yang terapung dalam gambar tu. Beliau telah menceritakan detik-detik berlaku. Memang insaf sangat. Hulurkan lah sedikit sumbangan buat beliau..

Muzium Tsunami. Disinilah menyingkap kisah persitiwa besar termasuk nama-nama mangsa



Kubah asjid terbang. Di seret sejauh 2.5km ke kampung ini



sekeliling kubah tu ada sawah padi. Posing pulak kami di sawah padi

Beli roti bakar

Mengopi. Try sanger kopi aceh..



Dinner makan bakso pulak



Settle untuk hari kedua di Banda Aceh.... Next post hari terakhir di Banda Aceh..

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...