Iklaneka

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Saya Perlu Pembedahan Caesarean???

Kenapa saya perlu pembedahan Caesarean?

Caesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding dengan bersalin normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif.

Sebab-sebab pembedahan Caesarean

Berikut adalah sebab-sebab mengapa pembedahan c-section perlu dilakukan:
  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.

Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin

Pembedahan caesarean lebih kerap dilakukan sebagai pembedahan kecemasan iaitu apabila berlaku komplikasi semasa proses bersalin.

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.

Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.

Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.

Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.

Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.



----------------------------------------------------------------------------------------


Salam semua kwn,

Info diatas aku perolehi dr sini...
Utk pengetahuan kwn, aku melahir kn Nabihah & Wafiq secara pembedahan..Kerap kali ditnyer kn soalan spt ini, "ngaper operate?", "tak leh banak normal ker?"..dan soalan yg agak meruntum jiwa ialah "ala..banak kt swasta mmg camtu..tak bleh sikit aje nk operate..sikit je operate"..
HELLOOOOOO!!!! lately ni banak kt gomen pn suka operate kn...sbb gov pn ade prosedur dh..xmo amik risk bior ibu tu hadap berejam2 utk keluarkn ank..Baik la c-ser aje..cpt selesai..pehtu labor room bleh kasik kt org lain plak yg tngh menunggu..

Ok...le, xmo emo2 dh..kelantakkan la...cuma aku nk citer..2 dr sebab diatas adelah punca aku terpaksa dibedah...

Utk nabihah disebab kn ini >> Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Heart bit nabihah suddenly drop,rupa2nya tali pusat nyer terbelit kuat..AKu dpt rsa yg nabihah time tu turun naik dlm perut..Maby nk turun pehtu xleh..kna tarik di tali pusat nyer...Tur ler...suka benor bilit tuala kt leher..udah jd ank terbelit tali pusat..Hahahha..itu kata2 org dulu2 le..arwah opah angah aku yg ckp bila aku bitau dia aku banak operate..hik hikhik..I miss U opah angah!!!!

Utk wafiq plak kes gini plak >>Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.

Yer..wafiq udah terberak plak dh dlm perut..Udah xnyabor2 sgt ko dik nk kuar...Walaupun msa tu baru 38minggu je dik..I still trying to normal again, same case as kakak..Dh sakit berejam giler ngn kontraksi smpai menggeletar badan2,mengetip gigi smua pn ade..BUt at the end...ZASSSSSSS...

But yg syok babah le..sbb 2 kali tu menyaksikan pertunjukan "live" isteri kna belah perut..pehh!!!! sgt kagum ngan husben sbb berani menyaksikn peristiwa berdarah tu..Ate..mmg byk pn darah kome...berbaldi..Tapi kn yg laki aku ingt dia ckp ade byk lapisan kuning yg merupakan lemak!!! Cis!!! dlm byk2 adengan lemak gak yg dia ingt..sbb cam ayam yg klu kit a belah perut tu..nmpk le lemak2 kn..hahahah...


Itu je nk citer arini...

sekiannnnnnnn

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...