Iklaneka

Tuesday, October 25, 2011

Kalaulah Kekasih-Mu,Masih Berada Bersama Kami

Salam Semua...


~ Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA



*Special thanks to Asyraff Hafdzan Abdullah for translation..
Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

-----------------------------------------------------------------------------

Sgt syahdu mndengar puisi ini....Aku mmg tau psl rncangan LAU KANA BAINANA ni bila terbaca di sebuah akbar arus perdana..Tapi masih tidak mengambil kisah sehinggalh mndpt 1 fwd mail dr seorg teman isi sebuah akhbar Harakah yg bertajuk Dari Sham Kamikaze ke Lau Kana Bainana.

Bila terbaca email tu, perasaan hati ini meragut2 ingin mendengar puisi LAU KANA BAINANA ni...bila terdengar aje..mmg rsa sgt syahdu dan ingin menitis air mata dibuatnya...Dengarkn lh wahai2 teman2 ku sekelian..Puisi indah ini...


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...