Salam semua...
Hari ini 24 October 2012 bermakna jemaah haji termasuklah mak juga akan mula bergerak menuju ke Padang Arafah.
Alhamdulillh...Hari mulia yang di tunggu semakin hampir. Pada tahun ini kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis iaitu 25 October 2012. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia yg dianggarkan kira-kira 3 juta orang akan mula bergerak menuju ke pada Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 October 2012..
Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25 October 2012. Ini adalah saat yang di tunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan terbuka sebesar-besarnya...Subhanallah..Maha Suci Allah.... Waktu ini adalah waktu paling mustajab berdoa yg lebih baik dari doa di Multazam..
Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.
Bayangkan jutaan jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakan khemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.
Ya Allah....Peliharalah kesihatan & keselamatan mak di sana.. Permudahkanlah urusannya agar dpt memperolehi haji mabrur...Semoga mak tabah, sabar dan tenang dalam menjalani ibadah haji ini...Doa mengiringi mak di sana..Tiada putus doa untuk mak dr kami anak-anak di sini....
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)