Iklaneka

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Syaaban 2013

Salam Semua...

Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan  atau 15 Syaaban dalam kalender Hijrah. Dalam Kaledar Islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.


Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013

15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)

Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Pengertian Bulan Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.




Sumber: Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2013 Di Malaysia | melvister.com



No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...