Iklaneka

Monday, January 13, 2014

Projek Iqra' ~ Hidup Untuk Memberi

Salam semua...

Entry ini sepatutnya aku buat selepas nye program blogrrr pada bulan lepas. Tapi memandangkan posting keghairahan kami menghadapi anak memasuki tahun satu..maka posting mengenai PROJEK IQRA' ni terbantut sudahhhh...

Semasa berlangsung nye progran blogrrr tersebut, aku berkesempatan men 'join' kan diri dalam Projek Iqra' ini yang mana sebelum ni aku memang LANGSUNG tak tau apakah Projek Iqra' ini..Sehinggalah pada hari tersebut ada salah seorang ahli di dalam Projek Iqra' ni membuat perkongsian..



Ok..mari kite kenal APAKAH PROJEK IQRA' ini???

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.
Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

Ok..ini serba sedikit info yang aku ambil dari web rasmi Projek Iqra' http://www.projekiqra.com. Kepada sesiapa yang rasa ingin menganggotai Projek Iqra' ini boleh la ke maklumat yang di beri di bawah :

Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia 
(Projek Iqra' Charity Association Of Malaysia)
Registration No: PPM-006-14-25012013




Hidup ini memang untuk memberi..Kadang-kadang kita tak sedar, sumbangan kita walaupun sedikit memberi impak pada sekeliling. Sumbangan itu bukan bermakna wang ringgit mahu pun harta benda semata-mata tetapi mengajak dan berpesan-pesan kepada kebaikan itu juga merupakan sumbangan kita dalam membentuk pembangunan ummah Islam..


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...