Iklaneka

Tuesday, October 21, 2014

Khidmat Masyarakat ~ Mohon doa dari kalian untuk Baby Muhammad Mikhail Dhani

Salam semua..

Berat mana memandang, berat lagi dugaan yg dipikul oleh sepupu ku Razli Sulaiman. Itu yang dapat ku gambarkan ketika ini.

Baby Mikhail lahir pada 4/9/2014 di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8. Anak kecil ini adalah anak kepada sepupuku, Razli Sulaiman yang mempunyai masalah jantung berlubang. Telah disahkan oleh pihak IJN. Mempunyai 2 lubang besar bersaiz kira-kira 4mm dan 8-9mm.

Ketika posting ini di buat Baby Mikhail telah pun di letak kan dalam ward NICU, Hospital Putrajaya. Bila-bila masa sahaja akan di rujuk semula ke IJN memandangkan keadaannya tidak begitu stabil. Dia diberi tempoh selama 2 bulan untuk rawatan selanjutnya. Dalam tempoh 2 bulan itu Baby Mikhail perlu mencapai berat badan sekurang-kurangnya 5kg, dan dia hanya akan menjalani rawatan tampalan sahaja. Jika tidak mencapai berat yang dikehendaki, baby ini perlu di bedah. Ya Allah..anak sekecil ini perlu menjalani pembedahan..Tak sanggup mendengarnya apatah lagi menempuhnya..

Oleh itu, saya merayu pada yang membaca posting ini sudilah kiranya memanjatkan doa kepada Baby Mikhail untuk kesihatan. Semoga cepat sembuh. Ayuh, teruskan berdoa moga Allah memberi keajaiban buat Baby Mikhail.









No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...