Iklaneka

Monday, December 28, 2015

Orientasi Tahun 1 2016 @SRIIMDE, SS 15 Subang Jaya

Assalamualaikum...


Sabtu, 26/12/2015 maka selesailah sudah hari orientasi Tahun 1 untuk si Abdul Wafiq di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Berdebar jugak lah hati ini sebab fikir macam mahu ke wafiq ni pergi sekolah.. Dah sebulan cuti, ditambah pulak perubahan tempat baru. Dalam kereta tu memang agak moody le jugak. Sudah!!! risau gak ni kang kot dibuatnya tak mau keluar dari kereta.. Hik Hik...

Tapi bila tiba, Alhamdulilah. Dia ok sahaja. Good boy sangat. Dia faham inilah DUNIA BARU bagi dirinya... Semasa proses orientasi anak-anak tahun satu, ibu-bapa kena masuk dalam dewan dengar sedikit taklimat. Alhamdulilah, selepas mendengar taklimat dari guru besar, ustaz semua tu kami lebih jelas dan yakin inilah pilihan untuk si Abdul Wafiq.. Kami yakin bahawa Allah telah mengaturkan laluan untuk dia ke sini...









Ada 4 kelas untuk tahun 1, 2016. Wafiq kelas ke 4. Penuh cabaran wafiq nak masuk sekolah nih. Exam pun sampai 2x kena seat on. Alhamdulilah, memang rezeki dapatlah juga. Waktu persekolah bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.Kurikulum adalah gabungan KSSR dengan JAIS. Sama je lebih kurang dengan Nabihah.
Moga abang wafiq menjadi orang yang mencintai ilmu dunia dan akhirat.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan, jika tak keberatan, boleh ke saya contact untuk bertanya tentang lebih lanjut mengenai SIMDE. Anak puan sudah masuk tahun ke 3 di SIMDE kan? Contact saya di zielasuhaimi@gmail.com

    terima kasih Puan.

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...