Iklaneka

Wednesday, December 18, 2013

Kadar Baru Tol Bagi Tahun 2014 ~~ Sila semak sekiranya lalu jalan ber tol!!!

Salam semua....

Berikut adalah kadar baru tol untuk tahun 2014 yang di kongsi dari web GUATV. Oleh sebab laluan yang ku harus lalui setiap hari untuk pergi kerja semuanya ber tol, maka gigih lah buat posting ini kan sebab diri sendiri terkesan dengan kadar baru ini..



Berikut adalah jadual kadar baru tol yang dijangkakan akan berkuat kuasa pada tahun hadapan :-


LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 kepada RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 kepada RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 kepada RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 kepada RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 kepada RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 kepada RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 kepada RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 kepada RM2.50

PANTAI RM1.50 kepada RM2.50

DAMASARA RM1.00 kepada RM1.50

KIARA RM2.00 kepada RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM kepada 16.46c/KM
 ( tak faham naper SKVE boleh naik pada hal baru je bukak, logik akal nye tak kan konsesi dah abis kot..puiii@@%#^#&^$&%*)

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 kepada RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 kepada RM3.00



Sedey kan??? Kalau tak suka tol boleh lalu jalan biasa..Tapi kalau ke Hospital Serdang ni jalan biasa mana nak lalu?? Dah tentu hospital ni tepi highway SKVE..kalau tak mo lalu tol, jalan biasa tak bleh so terpaksa lah lalu jln atas angin gamak nyer..Apa punye sentet ntah solution menteri ni..Membidas complaint rakyat macam tak berpelajaran..Tapi kalau di kata kang tau plak mem 'back' ing diri tu lulusan Oxford kekdahnya tahap first class degree di tweeter..Tapi kalau berckp macam drebar lori..puii...


Errrr....subhanallah..apa mak dah lahar kan dekat blog nih...Errr..tak suka..tak suka ada aura negative kt blog nier...Errrr..tapi kalau dah cenggini gayanya...masih positif lagi ker????? dan sentiasa kena cakap " syukur...Malaysia masih aman"..camtu??? @#$%^&&*)!!!!!

Apa-apa pun mak suka statement ini >>



Namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata kenaikan kadar tol adalah akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.

Adehhh...paling sengsara orang selangor lah sebab dah tentu highway berselirat di sini...Apo nak buat, highway di bawah kerajaan pusat kan..Kalau negeri dah tentu Pak Khalid kasik diskaun macam air...Ahaksss..we luv u pak khalid!!!

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...