Iklaneka

Friday, December 6, 2013

Dear Malaysian, You deserve better????

Salam semua...


Posting ini sepatutnya aku uplod kan semalam, memandangkan keratan akhbar ini pada hari semalam. Tetapi hanya berkesempatan pada hari ini...



Memang agak tertarik muka depan The Sun ini..Hati ini memang meronta-ronta melihat apa kah yang di maksudkan You deserve better ini kan..Apakah berita gembira yang rakyat Malaysia selayak nye dapat..Di saat sekarang negara menghadapi sedikit ujian dari Allah iaitu banjir besar melanda di beberapa kawasan di sebelah pantai timur, memang aku sebagai rakyat marhaen ini menantikan apakah berita yang selayak nye aku sebagai rakyat terima lebih baik dari sebelum ini..Tapi.......billa di buka je muka surat seterusnya..ini rupanya yang rakyat malaysia dapat...ahaksss..


Walaupun hanya mi segera MAMEE..tapi idea yang di buat oleh pihak MAMEE ni harus di pikirkan secara positif (err..cuma mkn mee segera tak bape elok hokehh)..Dalam keadaan ekonomi sekarang ni semua pun sedia maklum, kenaikan harga petrol, gula dan bermacam lagi barang keperluan asas..Ade pihak yang masih mengambil kira hal begini walaupun agak terpencil tapi memberi impak yang besar..

Yer lah..dengan kenaikan harga minyak, gula..semua barang makanan pun naik..Kalau tak naik harga, size atau kuantiti di kecilkan..Kalau dulu kuih 40sen seketul, 3 or 4 kali gigit baru habis..Tapi dengan kos kenaikan harga barang keperluan asas, kuih yang 40sen tu 2 kali gigit habis sudeyy..Sangat kecik hokeh!!!!

So, usaha pihak MAMEE ini perlu diambil positif, mungkin juga boleh jadi satu bahan mem"perli" pihak yang bertanggung jawap yang sebenarnya RAKYAT MALAYSIA, LAYAK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK di dalam negara sendiri.... :)



No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...