Iklaneka

Sunday, May 12, 2013

Getaway 2013~Surabaya Day 1 Part 3 : Warung Bu Kris, Batu Wonderland Water Resort, Kota Wisata Batu, Batu Night Spectacular

Salam semua...


Selepas letih melihat dunia haiwan di Taman Safari II, kami meneruskan perjalanan ke Kota Batu...Perjalanan agak jauh..Tapi yer lah di sana bukan ada highway macam Malaysia kan..So rasa la mcm jauh sesangat pada hal rasa kalau di bina highway maby dalam sejam dua bleh sampai dah kot... Tapi ok gak sebab boleh tengok keindahan dan kehidupan orang tempatan....

Ok..sebelum sampai ke Kota Batu, kami singgah makan di Warung Bu Kris. Memang masa tu sangat kelaparan le jugak memandangkan last makan nasi dlm flight aje...Jam dah menunjukkan 3pm waktu Indonesia..Pukul 3 ptg kat sana dah mcm pukul 4 tau..Tambah kami menuju ke kawasan tanah tinggi..Hari pulak hujan renyai-renyai..Memang cam nk gelap je lah hari...

Menu special of coz ayam penyet lah..I tell u..kalau dah makan ayam penyet original kat sini rasa tak mau dah mkn yg made in Malaysia dh..ehehhe

Soda gembira (Susu + sirap + air soda)

Pak Agus juga join makan bersama kami..



Wafiq tak makan apa pun..Ketiduran sebab penat..Tapi yang pasti dh cukup masa dia untuk tidur..


Selepas makan kami menuju resort yang telah aku tempah melalui Agoda.. Pilih punya pilih, terlekat di Batu Wonderland Water Resort..Kalau korang search..Mostly hotel di Batu ni memang semua pun best..Lebih pada resort untuk tanah tinggi..Ikut selera masing-masing..Lepas tu cek poket...ehehhehe..Resort ni ok sesgt baru kami 4 beranak..Ade theme park lagi tuh...Tapi oleh sebab sampai pun hari dah gelap..So memang lah tak sempat nak main apa kan..Esok pagi je lah yek...

Superior Room (2 queen size beds) = RM147 including breakfast for 2 person free access to theme park. Booking thru Agoda.com

Keadaan dalam bilik kami..Gambar ehsan dari web resort





Aktiviti malam diteruskan..Kami di bawa ke Kota Wisata Batu...Tempat orang di Batu ni berlibur..Kira macam lepak-lepak di keliling lampu la...



Buah epal..Simbol kebanggaan Kota Wisata Batu..




Ni paling sedap..Kalau ke indon mmg tak pernah miss beli jagung bakar kalau terjumpa depan mata...


Selepas itu kami di bawa ke Batu Night Spectacular (BNS).. BNS ni macam ala funfair le gak..Nothing different pun kat Malaysia nih..Tapi besar lah ada macam-macam termasuklah foodcourt dan bazar jualan..







Kalau di Indonesia ni..Keju memang mewah...



Kira-kira hampir jam 10pm kami pun mau pulang ke resort..Masa tu anak-anak dah mula meragam sebab dh kepenatan..Sambung pulak untuk aktiviti hari ke -2...

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...