Iklaneka

Friday, May 24, 2013

Getaway 2013~Surabaya Day 3 : Amaris Hotel, Jembatan Suramadu, Museum Sampoerna, MonKasel, Jembatan Merah Plaza, Tunjungan Plaza

Salam semua...

Kami tiba di Amaris Hotel Embong Malang, Surabaya kira-kira jam 8 malam..Masa tu Pak Agus still ofer diri nak bawak keluar dinner or pusing-pusing but masa tu anak-anak dah tak larat..Nabihah dan Wafiq dh ketiduran dalam kereta...So memang kena berangkat naik ke hotel..Dengan tak mandi seharian..tak selesa..Membuatkan kami menolak ofer Pak Agus..Husben hanya bagi sedikit tips untuk dirinya..Payment di di bayar kepada Pak Wong tuan punya mobil pada ke esokkan nya...



Sarapan pagi yang disediakan

Aku book Amaris Hotel ni melalui Agoda.com.. I just pay RM282 untuk 2 malam including breakfast for superior room. Hotel yang masih baru. Agak center Surabaya berdekatan dengan Tunjangan Plaza.

Aktiviti hari ke-3 bermula dengan bersarapan di hotel. Kemudian kami ambil je teksi yang disediakan pihak hotel. So sangat mudah la tak perlu nak tahan teksi ke apa..Harga tetap ikut meter kn.

Destinasi kami sepatutnya ke MonKasel tapi oleh sebab menurut kata pak driver teksi muzium Kapal Selam tersebut lambat bukak, maka kami menuju ke Jembatan Suramadu. Kalau ikutkan ke Jembatan Suramadu tu takde lah termasuk dalam iternary tapi oleh sebab pak driver dah beria cerita, layankan je lah..Kebanggaan rakyat Indonesia dengan terbinanya jambatan menguhubungkan pulau besar Jawa ke pulau kecil Madura..Tu yg diberi nama SURAMADU yang merujuk pada Surabaya + Madura. Sebelum ni mereka perlu naik ferry or boat kan sekarang tak perlu lagi. Kami tak turun pun dari kereta...Scary hokeh tengok org Madura...So hanya buat pusingn U sahaja...ehehe


Ni lah rupa jambatan nyer...

Gerai-gerai jualan puak Madura selepas keluar je tol dari jambatan tuh


Kemudian terus ke Museum Sampoerna. Rokok kebanggaan rakyat Indonesia. Masuk free sahaja..Sampai je ke muzium ni memang bau semerbak..Wangi je bau tembakau, cengkih, kulit kayu manis...So masuk le kami dalam tuh..Byk barang antik zaman penjajahan Belanda. Asal usul rokok Sampoerna nih...Adalah gambar keturunan yang mula mencipta rokok nih termasuk lah proses membuat dan menggulung rokok. Tapi sayang proses membuat rokok tu hanya mampu di lihat secara LIVE tak boleh di ambil gambar. Sapa nak tengok kena pergi la yek. Setiap pekerja perlu gulung sekurang-kurangnya 4000 BATANG!!! ..pehhhhh...HEBAT KAN...









Habis je meninjau muzium rokok ni, kami menuju pula ke MonKasel atau dengan kata lain Monumen Kapal Selam. Kapal Selam ini telah di bawa ke darat dijadikan muzium..So merasa la masuk kapal selam...ehehe.. Fee adalah rp5k seorang. Wafiq free. Sebelum tu ada sessi video asal usul kapal selam tersebut sehinggalah tamat perkhidmatan dan di bawa ke darat untuk dijadikan muzium. Rasa kagum gak la..tahun 60-an Indonesia dah ada kapal selam. Kapal selam yang boleh menyelam dan berguna pada perairan negara mereka. Malaysia hader?ahaha..sendiri mahu ingt lah yek kawan-kawan...ehehhe..Wafiq memang suka lah masuk kapal selam nih..tapi yg dia ckp ni kapal otomen..ahaha..Bergambar le kami dengan baracuda..ahahahaha..kelasssssssssssss...







Hari memang panas menyengat...Sangat terasa sebab di BATU aritu sejuk je kn..surabaya memang panas menyengat...Kami suruh pak driver teksi hantar ke Jembatan Merah Plaza. So tamatlah perkhidmatan pak driver kami di plaza tersebut sebab tak tau smpai pukul bape di situ so better le dia tak yah tunggu kami. Plaza ni biasa-biasa je lah bagi aku..Nothing different pun dgn pusat grosir yang aku biasa pergi di Tanah Abang, Aku jalan gak la survey harga but too bad agak mahal sikit berbanding harga di Tanah Abang. Fesyen pun rasa mcm outdated sikit...Aku cam nak jalan lagi tapi biasa la..Pak Kahar dah tarik muka sebab kata dia udah-udah la tuh..kt TA lagi murah...Mak nk survey ajooo...ahahhaah
Jembatan Merah ni plaza grosir tau..bukan jambatan nak lalu lalang tuh...eheheh


Makan di foodcourt Tunjungan Plaza

Siapa yang stay di Ibis Hotel memang dekat sangat dengan plaza nih..Boleh walking distance aje. Kemudian kami tahan teksi menuju ke Tunjungan Plaza. Plaza ni agak hebat gak la..Ala-ala kelas nye shopping complex la..Designer product pn ada..So sapa kata orang indon miskin kan..Maby nampak cam miskin tapi ada gak yang kaya raya kan...huhuhuhu...Kami tak membeli apa di sini hanya meninjau dan makan di food court sahaja. Pulang ke hotel hanya berjalan kaki..Ahahahh tidak le terlalu jauh tapi sebab matahari menyengat Nabihah sudah bising-bising...ehehhehee...

So tamat lah aktiviti kami pada hari ke -3. Siap sedia untuk pulang pada hari esok pulak...


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...