Iklaneka

Saturday, May 18, 2013

Getaway 2013~Surabaya Day 2 Part 3 : Petik Epal @Kusuma Agrowisata, Kerepek @Harum Manis, Bak Pia @Republik Telo

Salam semua...


Ok...Masih cerita di hari ke-2 di daerah Batu, Jawa Timur. Setelah penat di JATIM PARK 2. Kami menuju untuk aktiviti memetik buah epal pulak. Kalau mengikut perancangan, petik buah epal ni aku nak buat pada waktu pagi tapi oleh sebab kebun epal yang menjadi pilihan Pak Agus tersebut membuat kerja-kerja pemangkasan, membaja itu ini menyebabkan aktiviti petik buah epal di bawa ke petang..


TAPI malangnya bila dah petang hari pun hujan!!!! Cuaca elok di area JATIM PARK 2 ni iaitu di bahagian bawah BATU, tapi di bahagian tanah tinggi pusat penanaman epal dikhabarkan hujan..Maka terpaksalah batal...Nabihah masa tu dah mula moody sebab dia memang sangat nak petik epal nih...

Maka terpaksalah ubah plan hanya memetik di Kusuma Agrowisata..Kusuma Agrowisata ni lebih kepada chalet dan yang di keliling kebun buahan. Memang chalet tersebut menawarkan wisata petik buah. Walaupun harga agak mahal sedikit (of coz la tempat cantik kan) dan agak limited untuk buah yang di petik tapi layankan jugalah Nabihah memandangkan ini sahaja pilihan yang ada. Masa sangat suntuk memandangkan hari makin petang dan kami perlu rushing pulang ke town Surabaya pula.

Surrounding di Kusuma Agrowisata ni memang cantik..Best..mendamaikan..Pada yang nak merasa kedamaian chalet di keliling kebun buah sila masuk sini >>
 http://www.kusuma-agrowisata.com/



Kami hanya mengambil pakej wisata petik buah epal +  buah jambu + buah strawbery.
Harga pakej untuk 3 jenis buah itu ialah Rp45k seorang. Wafiq adalah free. Bukan boleh petik sesuka hati yek kawan-kawan...Sebab kalau lebih kena bayar..akan di timbang..SO untuk pakej tersebut hanya boleh petik 3 biji seorang utk buah epal, 4 biji seorang untuk jambu dan 6 biji untuk buah strawbery.




Wajah tidak excited sebab kena suruh petik jambu...Muahaha...

Ke tanaman strawbery...


Secara jujurnya buah epal dekat sini tidak la hebat sangat..Buahnya bersaiz kecil dan berwarna hijau. Tapi itu lah yang di khabarkan oleh Pak Agus, di Agrowisata ni memang enggak menarik buk buah apel nya..Tapi what to do..I have no choice maaa...Hari hujan di di bahagian atas tanah tinggi kena je lah pergi mana yang ada demi Nabihah..But untuk buah jambu memang sedap. Jambu batu berbiji merah..Memang teringat masa zaman kecik-kecik dulu but now buah jambu batu biji merah di kampung sudah pun pupus...



Terserlah wajah kegembiraan memetik buah epal..Jadi le yek kakak..nak pergi negara orang putih mama tak mampu nak bawak...ehhehehe

Hasil petikan...ahahah...Jadi ler...

But 1 thing yang rasa menarik pengalaman anak-anak masuk ke kebun..Ahaksss...dekat Malaysia pun tak pernah jejak semak samun..kat negara luar ko meredah semak samun..Ahahaha...But mak steady je lah Pak Kahar je lah macam tak bape gemor...muahahhaha

Selesai sahaja memetik buah kami terus menuju pulang ke Bandar Surabaya. Perjalanan masih panjang dan jauh...Singgah di kedai Harum Manis untuk membeli ole-ole kerepek dan hasil makanan dari TELO iaitu ubi..Segala jenis produk makanan berasaskan ubi termasuk lah brownies pun ada tau...Kagummm...




Tak beli..nyesal...

Sedap nih...nyesal beli sikit..







Semua pun dari telo @ ubi..Ada bermacam jenis ubi termasuklah keledek, ubi kayu, kentang dan sebagainya lah...Apa-apa pun we should try kan...

Sekian cerita untuk hari ke-2...Perjalanan di teruskan menuju ke Bandar Surabaya...
Aku dah book Amaris Hotel...Nantikan cerita kami di hari ke-3 pula....

Sekiannnnnn

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...