Hari ke -2 di bumi Surabaya...
Breakfast seawal jam 7am kira-kira pukul 8am la waktu Malaysia..Tapi masa tu memang dah panas sangat dh area Batu nih..Maby cepat malam, so cepat lah siangkan..Lebih kurang jam 4am dh masuk subuh..Pukul 6am tu matahari dh terik...
Permandangan dari bilik kami di tingkat 3
Sarapan di lobi resort..Anak-anak dah ready pakai baju mandi dah..Lepas makan memang nk kedebum je dalam theme park..TAPI lambat nye lah theme park bukak..Pukul 8am baru boleh masuk..Bosan je Wafiq sebab dia dah tak sabar sangat..
Jaga di hari itu...ehhehehe
Kami terus check out dari resort ni memandangkan kami akan bermalam di Surabaya pulak...
Destinasi seterusnya ialah Jawa Timur Park 2 atau lebih dikenali dengan JATIM. JATIM PARK 1 pn ada tapi kesuntukkan masa lagi pun mengikut kata supir, JATIM PARK 2 ni masih baru lagi..Belum setahun so lebih seronok... Pada yang nak tau lebih lanjut boleh ke URL ini >> http://jawatimurpark2.com/
Kos masuk adalah lebih murah berbanding ke Taman Safari Park II. Tiket kami beli all in iaitu pass masuk untuk ke Muzium Satwa + Batu Secret Zoo.
Selesai urusan pembelian tiket, kami ke Muzium Satwa dahulu...Sangat impress..Binaan muzium tu pun sangat menarik...Masuk dalam lagi terkejut...Haiwan-haiwan di bekukan...Kalau di Taman Safari II kami lihat haiwan secara hidup dan lihat melaui dalam kereta aje sebab ada haiwan yang bahayakan. Tapi di muzium ni haiwan beku pulak di. Macam-macam jenis haiwan lah..Pendek kata haiwan di setiap benua. Yang tak pernah tahu pun sebelum ni ada. http://jawatimurpark2.com/index.php/museum-satwa.html
Kaunter permbelian tiket. Oleh sebab hari Khamis maka takde lah sesak sangat tapi ade je group budak sekolah yang di iringi ibu bapa.
Hotel Pohon Inn. Macam best je hotel ni but harga agak mahal rasanya. Hotel nye pun unik kan memang macam dalam batang pokok...ehhee
Besar betul replika gajah di pintu masuk Muzium Satwa.
Bergambar dipintu masuk Muzium Satwa sebelum bergerak menuju ke Batu Secret Zoo pulak...
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)