Iklaneka

Monday, December 30, 2013

Orientasi Tahun 1 2014 @SRAI, Seksyen 19 Shah Alam

Salam semua...

Tahun 2013 semakin hampir ke penghujung..Tinggal satu hariiiii..je lagi...

Pada hari Sabtu (28-12-2013) adalah hari suai kenal Nabihah di SRAI, Seksyen 19 Shah Alam....Sebak hati mak ni wahai anak oiii...Kamu dah memasuki fasa sekolah rendah..huk huk huk...






Inilah anak yang di lahirkan 6 tahun dahulu, di Pusat Perubatan Kelana Jaya yang di lahirkan melalui kaedah LSCS telah besar...Selari dengan kebesaran badan dan umur...hehehhehe

Kakak bersekolah agak jauh dari rumah. Kami tinggal di Seksyen U5, manakala sekolah tersebut di Seksyen 19..Bagi diri ku pada mula agak rasa keberatan..Tapi abah nya kata ini fisabilillah iaitu perjuangan kami ke jalan Allah..bukan kata sekolah kebangsaan tak bagus yek..bukan..bukan...TAPI..kami dah niatkan dalam hati mahu diniyyah lebih iaitu sekolah yang berkonsepkan Al Quran & Hadis..Maka kami berkorban masa (sebab kena hantar dia subuh sapie) & duit (yuran of coz lebih, tambang van pun lebih).. Tapi abah nya kata anggap ini pengorbanan kami mencari redho Ilahi...

Yang membuat kami rasa bersemangat dan berkobar nak hantar ke sekolah tersebut walaupun pada mulanya perasaan aku berbelah bagi...Melihat jiran sebelah..Untuk pengetahuan semua, kami tinggal di kejiranan pelbagai bangsa...Jiran sebelah ku ini kaum Cina...AKu sangat kagum bila mana dia sanggup menghantar anak nye bersekolah di Sekolah Katolik di Petaling Jaya yang lokasinya sangat jauh dari rumah kami..dengan jem lagi, kos pengangkutan lagi..Tapi dia gagah juga hantar demi yang terbaik utuk masa depan agama dan bangsanya..SO. mengapa tidak kita? Jadi kami amik iktibar dari situ...dia berjuang untuk agamanya...Kami juga sanggup..demi agama Islam tercinta...




Kami tawakal sahaja...Moga Nabihah menjadi anak yang solehah..Mama, Abah berusaha mencari jalan redho Ilahi untuk kamu wahai anak..Kejar akhirat kerana ia kekal abadi, insyallah bekalan dunia juga kamu akan perolehi....

Kami berusaha kerana Allah lebih mengetahui, Dia tak memberi apa yang kita mahu TAPI memberi apa yang kita perlu....




2 comments:

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...