Iklaneka

Sunday, May 26, 2013

Getaway 2013~Surabaya Day 4 : Masjid Agung Surabaya , Good Bye Surabaya & Kos percutian

Salam semua....

Hari ini adalah hati terakhir kami di Surabaya..Tiada aktiviti yang di buat memandangkan flight pulang kami pada jam 12.10pm waktu Indonnesia...

Sarapan pagi terakhir di cafe Amaris Hotel Embong Malang - Surabaya

Jadi kami hanya menghabiskan masa di hotel..Berlama-lama di cafe sewaktu makan sarapan pagi... Setelah siap berkemas, kami menunggu Pak Wong untuk di jemput ke Airport. Pak Wong adalah orang Malaysia yang ketika ini menetap di sana kerana mempunyai perusahaan di Surabaya dan juga terlah berkahwin dengan warga tempatan. Pak Wong ni org cina ya...Cina penang lagi...Jumpa husben memang tak cakap lain dah..Slang utara dia mai otomatik..Very nice person. Really recommended to others yang nak mencari pakej supir + mobil di Surabaya. Di bawah nanti saya sertakan maklumat.




Menunggu Pak Wong untuk menuju ke Airport Juanda


Oleh sebab Pak Wong tiba lebih kurang jam 9am, maka kami sempatlah meronda dulu Dia bawa kami ke Masjid Agung Surabaya atau nama komersialnya Masjid Nasional Al Akbar. Merupakan masjid kedua terbesar di Indonesia. Sempatlah kami menaiki ke atas menara masjid. Naik menggunakan lift. Tinggi le jugak. Bayaran di kenakan rp4K seorang.


Permandangan dari atas menara...



Kemudian kami terus menuju ke airport. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Adalah delay dalam sejam but maby pilot tu bawak merempit gamaknya...kami tetap sampai on time di LCCT..Alhamdulilh...Cuaca pun ok...
Ini lah Pak Wong
Hubungi : 0858 - 3135 - 3331 @ 0858-5071-3331

Sekian saja lah percutian untuk tahun ini... Semua yang di hajati telah didapati..Adalah beberapa tempat yang tak sempat di kunjungi seperti Sunan Ampel, Masjid Cheng Ho..Tapi tak per lah..Sekurang-kurangnya 90% yang di rancang sudah berjaya kami penuhi...
Oleh sebab balik naik flight QZ, maka adalah menu Indonesia..Teringin makan nasi kuning menado..Tiada pulak dalam menu masa pre-book..Try Nasi Minyak Palembang dari celebrity chef Farah Quinn.. Ok..sedap la jugak..boleh di terima tekak....

Tutup buku percutian tahun ini..No more fly ya anak-anak..Mama need very long rest to fly away...Tahun depan kita jalan lagi...Insyallah ada rezeki kita jalan lagi tahun hadapan walaupun bertambah ahli lagi...Apa-apa pun mama & abah will try harder to make all of you happy. Untuk mama memang dah tutup buku untuk tahun ini but abah ada lagi 1 trip..tinggal je le kita ber tiga nanti...huhuhu..

KOS PERCUTIAN

Tiket flight (booking in advance, big promo tahun lepas) = RM 336 untuk 4 orang
Add on (Meal + Luggage) = RM 206

TOTAL FLIGHT = RM542

Supir + Mobil = RP1 juta, 90k ~ RM360
Perkhidmatan supir untuk 2 hari (include h/p with credit rp10k + 1set socket & adapter)

TOTAL SUPIR = RM 360

Batu Wonderland Water Resort Hotel = RM147/night
Amaris Hotel Embong Malang - Surabaya = RM282 untuk 2 malam
(Booking hotel melalui Agoda.com)

TOTAL HOTEL = RM 429

Safari Park II = rp100k x 3 orang ~ RM99 untuk 3 orang
Jatim Park 2 = rp65k x 4 orang ~ RM86 untuk 4 orang
Wisata Petik Apel = rp45k x 3 orang ~ RM45 untuk 3 orang
Batu Night Spectacular = rp7k x 3 orang ~ RM7 untuk 3 orang
Masjid Agung = rp4k x 3 orang ~ RM4 untuk 3 orang
Muzium Kapal Selam = rp5k x 3 orang ~ RM5 untuk 3 orang

ANGGARAN PERBELANJAAN KASAR KE TEMPAT MENARIK = RM 246

Airport tax SUB - KUL = rp150k x 4 orang ~ RM198
(Sekiranya ke Indonesia airport tax perlu di jelaskan semasa check in)

TOTAL AIRPORT TAX = RM 198

Kos teksi untuk pusing-pusing di sekitar town adalah berdasarkan meter.

Kos untuk 3 orang menunjukkan hanya perlu bayar untuk 3 orang memandangkan Wafiq ada yang masih free...ehehhe

3 comments:

  1. Salam kak.
    Cane nk sewa supir? Book dr msia atau kt surabaya? Xtvt pulak supir tntukan atau kite request? Kami g april thn dpn utk 6org. Tq hrp dpt bntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      supir book siap2 dr mlysia...bleh contact Mr Wong kt nombor yang akak beri tuh...

      Delete
  2. Salam, Akak no Mr.wong kat ne? x jumpa pon :)

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...